Semasa aku menulis n3 ini aku tergelak sengsorang. Tergelak sungguh. Apa yang lucu sangat? Nantilah kejap lagi aku cakap.
Sebenarnya aku tengah mencari post lama aku mengenai hari guru. Aku nak menulislah sikit tentang hari guru dan supaya cerita aku tidak bertindan dengan cerita yang pernah aku tulis, aku korek balik n3 lama. Bila susah nak cari, aku cari melalui pakcik gugel. Tapi benda lain yang aku jumpa.
Aku tak tahu pun selama ni yang pakcik gugel boleh translatekan n3 kita ke bahasa inggeris. Haha.. ni yang aku tergelak ni. Aku suruh dia translatekan cerita aku mengenai kuala nerang kena serang. Korang bacalah sendiri lepas tu pandai-pandailah sama ada nak tergelak ke tidak.
Hah .. surprised by the title?
It is today Sunday, May 13 Kuala Nerang have to attack. Pikirlah right, Kuala Nerang great about the town of Kuala Pilah I came suddenly people flocked from all over malaysia ni. It jams the car. Jam with people. Pass on my rice restaurants shops already exhausted because I toke enough budget.
Not yet in stores, shops toke I rushed to the front. Sorry aunt .. takdak rice. Habih teghuih!
Laa .. How I can run out?
Do not know it. Oghang mai ni haghi ghamai enough. Look nu .. I could even dak table kemaih.
Ms. tried there, my pi. Back there, there is another eatery.
We then terhegeh-hegeh in the car while looking for another restaurant I began to krukk krakk stomach krukk krakk.
Kuala Nerang be attacked until the rice is finished.
Luckily, we found that rice eatery unfinished again. That I lived an eccentric-eccentric. Able to eat a plate of chicken rice. Although in my heart speak the chicken rice that I cook now.
How can the original creation Kuala Nerang was I attacked.
My youngest brother is the very want to take interest in aviation engineering. That there is ofer uni course I MIAT KL. People say the best in malaysia. Really? He was the beg. He paid for everything themselves accept our current offer at Mecca haritu.
Waiting time result haritu she says want to take aerospace engineering. I think both about the same I is coat. Which he said he was interested. Offer for matriculation in penang, rejected. Offer a foundation for the UIA was rejected. When asked to:
Ala .. later for matriculation when in U who knows what the course will be shared.
UIA computer science courses I offer. Do not want it ..
We then follow what he doth interest.
Brother must follow the foundation of one year at the College Mara Kuala Nerang. (Register only 500. Food and drinks for all the living relatives to bear).
So today we set off from New York Saturday. Up to Alor Star stay in Sri Malaysia. That good luck may the room. Call to reserve your time, living room one reminder again. See .. alor star until I termuntah with people who want to go and attack Kuala Nerang which is only 30 km away.
Yesterday, Sunday, May 13th a violent assault incident began at eight in the morning came the afternoon. Tired advanced college attack, was rushed to attack the town and eateries. I was ready to attack clothing stores for a pair of sister forgot Malay shirt, side and skull cap.
While shaking hands and hugging when I go home, I was choked that every effort I had been hiding. Sad because I had to break away with her. Is not never left the other children at the hostel but I s the impact of the youngest son of another little coat ...
Thank you. Oooopss .. will wince. There is a little more. Annotated time through on the way back, I will looking Lahuma fields and Jeha. I saw only the rubber tree. Perhaps the children of six Jena Lahuma and the person has moved sat in kuala lumpur.
Serlamat hari guru kepada insan yang bergelar guru. Selamat hari guru kepada staff aku yang bergelar guru walaupun kita hanyalah guru tadika yang tidak glemer walau sedikit pun.
Assalammualaikum.
ibundo
Secawan Kopi Panas
bersama ibundo
Wednesday, May 16, 2012
Monday, May 14, 2012
Kuala Nerang kena Serang
Hah.. terkejut dengan tajuk?
Memang semalam ahad 13 Mei Kuala Nerang kena serang. Pikirlah kan, kuala nerang yang besar lebih kurang sebesar pekan kuala pilah tu tiba-tiba orang datang berpusu-pusu dari segenap pelusuk malaysia ni. Ia jem dengan kereta. Jem dengan orang. Sampaikan nasi kat restoren pun habis sebab toke kedai tak bajet cukup-cukup.
Belum masuk kedai lagi, toke kedai dah meluru ke depan. Maaf cik.. nasi takdak. Habih teghuih!!
Laa.. macamana boleh habis?
Tak tau la. Oghang mai cukup ghamai haghi ni. Tengok nu.. meja pun dak sempat nak kemaih.
Cik cuba pi kat sana tu. Belakang sana tu ada lagi kedai makan.
Kami pun terhegeh-hegeh masuk kereta semula cari kedai makan lain sedangkan perut dah mula krukk krakk krukk krakk.
Kuala Nerang kena serang sampai nasi habis.
Nasib baik kami jumpa kedai makan yang nasi belum habis lagi. Itupun dah tinggal sipi-sipi. Dapatlah makan nasi ayam sepinggan seorang. Walaupun dalam hati aku berkata-kata yang nasi ayam yang aku masak lagi sedap.
Macamana pula asal kejadiannya kuala nerang ni diserang.
Anak bongsu aku si adik memang minat sangat nak ambil aviation engineering. Yang ada ofer course ni MIAT uni KL. Orang kata the best di malaysia. Betul ke? Dia sendiri yang mohon. Dia sendiri yang uruskan bayaran menerima tawaran semasa kami di mekah haritu.
Masa menunggu result haritu dia cakap nak ambil aerospace engineering. Rasanya dua-dua ni lebih kurang sama lah kot. Yang jelasnya dia memang minat. Tawaran buat matrikulasi di penang, ditolaknya. Tawaran buat foundation di UIA pun ditolaknya. Bila ditanya:
Ala.. nanti buat matrikulasi bila masuk U entah apa kursus yang dibagi.
UIA tu tawarkan kursus computer science. Taknak la..
Maka kami pun ikut sajalah apa yang dia minat.
Adik kena ikut foundation satu tahun di Kolej Mara Kuala Nerang. (Register cuma 500. Makan minum tempat tinggal semua mara tanggung).
Jadi, hari sabtu kami bertolak dari bangi. Sampai Alor Star menginap di Sri Malaysia. Itupun nasib baik dapat bilik. Masa call untuk booking, bilik tinggal satu je lagi. See.. sampai alor star dah termuntah dengan orang yang nak pergi menyerang kuala nerang yang hanya 30 km saja jauhnya.
Semalam, ahad 13 Mei berlakulah peristiwa penyerangan bermula jam lapan pagi sampailah tengahari. Penat menyerang kolej mara, berpusu-pusu pula menyerang pekan dan kedai-kedai makan. Aku siap menyerang kedai baju sebab adik terlupa bawa sepasang baju melayu, samping dan songkok.
Semasa bersalaman dan berpelukan ketika aku nak balik, aku terasa sebak yang sedaya upaya aku sorokkan. Sedih sebab aku terpaksa berpisah jauh dengan adik. Bukan tak pernah tinggalkan anak-anak lain di asrama tapi penangan anak bongsu ni lain sikit kot...
Sekian. Oooopss.. nanti kejap. Ada sikit lagi. Semasa melalui Padang Terap on the way balik, aku tercari-cari akan sawah Lahuma dan Jeha. Yang aku nampak cuma pokok getah. Agaknya anak-anak Lahuma dan Jeha yang enam orang itu sudah berpindah duduk di kuala lumpur.
Sekian.

Saturday, May 12, 2012
Tesco yang tak customer friendly
Dah lama tak cerita pasal tesco. Seperti biasa aku ni tiap-tiap minggu tak mis pergi menghabiskan duit kat tesco. Tiap minggu beli barang dua troli. Telinga dah lali mendengar pertanyaan:
berniaga ke?
stok sebulan ke?
Selalunya aku selamba jawab yang famili aku besar. Anak cucu aku ramai nak bagi makan. Sebab tak ada sebabnya aku nak explain panjang-panjang yang aku ada ramai anak taska dan tadika yang aku juga nak bagi makan.
Cerita aku sebenarnya bukan pasal ini. Tapi pasal milo dua kg yang aku beli. Apa yang kepoh sangat dengan milo dua kg ni. Ha..ni lah yang aku nak cerita.
Bila sampai kat kaunter bayaran, budak yang jaga kaunter tu cakap:
cik.. milo ni ada free gift. Dapat mancis sekotak.
Dalam hati aku, ape ke jadahnya aku nak buat dengan mancis. So aku tanya balik.
Mancis?
Haah cik . Ada kat rak tengah tu ha.. Sambil dia menunjukkan ke arah rak biskutbiskut.
Dan barulah aku faham yang mancis yang dimaksudkan itu ialah sejenis biskut.
Kalau acik nak,cik kena ambik kat situ. Kata budak tu lagi.
Korang nampak tak. Kat sini je dah ada sesuatu yang tak betul. Aku ni yang memang sedikit tak megheti tentang jenama biskut ni pergilah ke rak yang ditunjukkan tapi datang balik ke kaunter dengan tangan kosong sebab memang sebenarnya aku tak kenal. Kirin yang ada bersama aku sudah mula membebel-bebel marahkan tesco.
Datang seorang pekerja yang berpangkat sikit. Agaknya lah. Budak jaga kaunter minta dia tolong ambilkan biskut mancis. Aku tak salahkan yang jsga kaunter sebab dia memang tak boleh tinggalkan kaunter dia. Orang lainlah yang perlu tolong kan. Pekerja yang berpangkat sikit, agaknyalah, datang dengan biskut sebeban di tangan. Dia bagi sebungkua pada budak jaga kaunter.
Nah! buat contoh. Dia cakap.
Dan aku kata, bagilah saya sebungkus.
Dengan penuh lagak dia menjawab, pergi ambil sendiri di rak.
Tak mendidih kau?
Aku tengok contoh biskut. Tertulis Munchys kot. So, berdasarkan contoh aku pergi cari. Aku bukanlah hadap sangst nakkan biskut tu tapi dah memang hak aku kan.
Dipendekkan cerita aku pergi komplen kat customer service. Budak ysng konon sda pangkat sikit kena panggil dan terhegeh hegeh nak tegakkan benang basah. Aku cakap tak payah cakap. Dengar saya nak cakap. Awak tu tak customer friendly.
Dan dengan itu aku isi borang komplen.
Bukankah sepatutnya:
Free gift diletakkan di customer service supaya customer cuma bawa resit dan ambil?
Macam sia-sia je aku belanja dua troli tisp minggu dan dapat treatment macam tu.
p/s aku rasa banyak spelling error ni. Aku taip guna tablet. Dan malas nak cek spelling debab cursor aku asek hilang je.

Tuesday, May 8, 2012
Cucu Nenda
Sampai di Bandara Adi Sucipto aku terima sms; air dah pecah.
Flight aku pukul 9 pagi waktu Jogja, 10 pagi waktu malaysia. Penerbangan mengambil masa 2 setengah jam. Mengikut perkiraan, sampai lcct pukul 12 setengah. Sepanjang-panjang perjalanan di udara itu aku terpaksa offkan henfon. Dan di dalam hati tidak berhenti-henti aku berdoa semuga semuanya selamat.
Sebaik menjejakkan kaki di bumi tercinta kira-kira pukul 12.35, aku hidupkan henfon aku dan menghubungi ayah faris bertanya kabar.
Dah enam cm, katanya.
Ohh.. mak dah sampai. InsyaAllah lepas asar mak ke sana.
Rupa-rupanya orang baru sudah tidak sabar-sabar mahu melihat dunia. Baru beberapa minit sampai ke rumah aku, henfon aku berbunyi;
Alhamdulillah, sudah selamat melahirkan. Berat baby 3.48 kilo.
Inilah adik Faris.
Bertambahlah lagi ahli keluarga aku.
Faris jeles? Kadang-kadang jeles, kadang-kadang tak. Tapi aku cuak jugaklah takut kalau-kalau dilepuknya si adik tu.

Labels:
faris
Saturday, May 5, 2012
Hujan..hangus..gajah..whatever
Saja nak buat short n3.
Kat Jogja tengah hujan sekarang ni. Dari petang tadi hujan. On the way balik dari guung merapi tadi dah hujan.
Tak dapat nak tunjuk gambar gunung merapi sebab puncaknya tertutup dek awan tebal. Tapi bau belerang memenuhi ruang di kaki gunung. Aku melihat kesan-kesan letupan gunung merapi duantahun lepas. Pokok-pokok banyak yang hangus tinggal batang yang rentung sahaja.
Gambar di atas tu sepatutnya aku letak kat sini tapi pakai tablet ni aku tak pandai nak adjust. Biaq pi la no..
Mana cursor ni. Susah betul aku nak cari. Gambar yang ni dah cerita dah cerita lain. semalam kitorang makan nasi goreng gajah mada. Tu gambar nasinya. Hasben aku tanys pelayan tu, gajahnya mana. Budak tu jawab, gsjahnya belum disembelih pak!..
Ish.. aku dah give up nak nulis. Asek terkial-kial mencari cursor je. okay bye..
ibundo.
Kat Jogja tengah hujan sekarang ni. Dari petang tadi hujan. On the way balik dari guung merapi tadi dah hujan.
Tak dapat nak tunjuk gambar gunung merapi sebab puncaknya tertutup dek awan tebal. Tapi bau belerang memenuhi ruang di kaki gunung. Aku melihat kesan-kesan letupan gunung merapi duantahun lepas. Pokok-pokok banyak yang hangus tinggal batang yang rentung sahaja.
Gambar di atas tu sepatutnya aku letak kat sini tapi pakai tablet ni aku tak pandai nak adjust. Biaq pi la no..
Ish.. aku dah give up nak nulis. Asek terkial-kial mencari cursor je. okay bye..
ibundo.
Labels:
Johja
Thursday, May 3, 2012
Tong Oren
Kalau ke Mekah aku dan hasben suka beli tong air macam tong air zamzam di masjidil haram tu. Aku ada beli satu tong yang sama besar macam yang ada dalam masjid. Tapi warnanya oren. Warna tong air zamzam tu tak ada dijual. Pergilah mana-mana pun. Yang ada warna oren.
Tong besar tu aku beli beberapa tahun dulu. Bagus tong tu. Banyak gunanya. Kalau diisi dengan air batu, sejuknya akan tahan lama. Lama sangat. Aku selalu gunakan masa kenduri kendara. Aku selalu gunakan masa sukan tadika juga buat air batu untuk diorang minum.
Dua tahun lepas, pada hari sukan tadika, hasben aku masukkan tong oren itu bersama dengan peralatan sukan ke dalam STORM yang hasben aku pinjam daripada kawannya. Nak dijadikan cerita, semasa aku mahu menyusun-nyusun peralatan sukan dan juga peralatan lain aku dapati ada di antara barang-barang yang tidak ada di padang padahal semuanya sudah dimasukkan ke dalam STORM. Tong air itu juga tidak ada. Aku tanya hasben aku dia cakap entah.. mana pulak perginya.
Bila Imah dan Kirin datang ke padang dia mendapatkan aku dan berkata;
Mak.. tadi kitorang nampak ada tong oren tergolek tepi jalan. Tong sapalah agaknya ek. Sama pulak tu macam tong kita...
Aku yang dah menggelabah sebab alat sukan banyak yang tak ada dan tengah rasa nak menangis sebab sukan dah nak start, terus meluru ke hasben aku.
Bang!! Barang-barang kita cicir ke.
Iye agaknya. Abang memang tak tutup pintu belakang tu sebab tak boleh tutup. Barang penuh.
Aku terus heret hasben aku masuk dalam kereta dan pergi cari balik kat jalan yang kami lalu tadi. Memang betul pun. Alat sukan aku kat sini satu plastik, kat satu satu plastik, kat sinun satu plastik. Tong oren tu pulak elok tegak tepi jalan. Agaknya ada insan marhaen yang tolong ketepikan ke pinggir jalan.
Begitulah ceritanya. Alhamdulillah sukan aku berjalan dengan lancar. Dan air batu dalam tong oren tu tetap sejuk..
Tahun-tahun selepas aku beli tong oren yang gedabak itu, aku ada beli beberapa yang sederhana besar pula. Lama aku guna sehinggalah plastik dalamnya meleding. Aku pun tak faham kenapa dia boleh jadi seperti itu. Mungkin sebab kadang-kadang isi air batu, kadang-kadang isi air panas. Sekejap dia kembang sekejap dia kenyut sampaikan dia dah tak tahu mana satu nak ikut. Oleh sebab tak boleh pakai lagi, aku buang. Jangan salah paham. Tong oren yang gedabak yang tergolek tepi jalan tu masih bagus sampai sekarang.
Umrah baru ni hasben aku tanya nak beli tong air tak. Aku kata kalau dia sponsor, belilah. Semasa aku shopping kat supermarket di safwa tower, aku ternampak tong air berwarna oren dengan saiz yang aku pekenan. Cukup mengisi air minuman untuk duapuluh orang atau lebih sikit minum. Aku beli. Hasben aku bayar. Dan aku bungkus cantik-cantik dengan beg plastik yang harganya sepuluh riyal. Di sekeliling tong itu aku letak baju-baju busuk bekas umrah. Aku ikat dengan tali dan di luarnya aku letak alamat dan nombor telefon. Malangnya bila sampai di madinah, tong air itu entah kemana lesapnya. Hilang ghaib tak tahu kemana pergi. Aku dah pasrah yang sememangnya baju-baju (baju umrah sekarang ni mahal weh), kain ihram dan tong oren itu tidak mahu ikut kami balik ke malaysia.
Sehinggalah aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang seminggu selepas kami balik. Dia mengatakan beg/tong aku yang hilang itu ada di klia dan dia akan membawanya ke opis andalusia supaya aku mengambilnya di opis andalusia saja. Alhamdulillah. Memang dia masih rezki kami.
Maknanya, kali ini aku pergi umrah aku bawa balik dua tong oren. Oleh sebab menyangka tong yang aku beli di mekah itu dah hilang, aku beli satu lagi di bin dawood ketika kami berada di Madinah.
Nota: lain kali aku ambil gambar tong oren ini.

umrah2012
Subscribe to:
Posts (Atom)